Tarikh Pembayaran KWSP RM10,000 Mengikut Jadual Batch, Semak Sekarang

Pembayaran KWSP

Seperti dimaklumkan, semakan status kelulusan pengeluaran khas KWSP boleh dibuat mulai 9 April 2022. Tarikh Pembayaran KWSP RM10,000 pula akan dibuat secara berperingkat mulai 18 April 2022.

Berikut adalah info penuh mengenai tarikh pembayaran KWSP RM10,000 mengikut batch seperti yang tertera dalam semakan Pengeluaran Khas KWSP.

Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank ahli adalah dalam tempoh 1-3 hari bekerja bergantung kepada prosedur bank.

Ramai keliru tentang tarikh pembayaran KWSP yang telah diawalkan. Berikut adalah tarikh pembayaran yang baru mengikut batch masing-masing.

  • Batch 21 April – 18 hb (Isnin)
  • Batch 23 April – 20 hb (Rabu)
  • Batch 24 April – 21 hb (Khamis)
  • Batch 25 April – 22 hb (Jumaat)
  • Batch 28 April – 25 hb (Isnin)
  • Batch 29 April – 26 hb (Selasa)

Anda boleh menyemak status permohonan dari semasa ke semasa di portal Pengeluaran Khas.

Anda boleh buat semakan Pengeluaran Khas KWSP di sini. Berikut adalah cara semakan :

  • Layari Laman KWSP Klik ‘ Teruskan ’
  • Klik ‘ Semak Status Permohonan ’
  • Isikan No Kad Pengenalan Anda
  • Isikan Nombor Telefon Bimbit
  • Sahkan Captcha Klik ‘ Semak Status ’
  • Keputusan Permohonan Dipaparkan

Share Kepada Kawan-Kawan Atau Sahabat Dan Semoga Bermanfaat.

0 Shares