Jawatan Kosong

Permohonan i-Citra KWSP Kini Dibuka,  Sila Rujuk Syarat Dan Cara Permohonan Permohonan i-Citra KWSP Kini Dibuka,  Sila Rujuk Syarat Dan Cara Permohonan
Bayaran sebanyak RM1000 sebulan untuk tempoh sehingga 5 bulan tertakluk kepada baki simpanan atau minimum RM50 kini diperkenalkan oleh KWSP melalui inisiatif terbaharu, i-Citra... Permohonan i-Citra KWSP Kini Dibuka,  Sila Rujuk Syarat Dan Cara Permohonan

Bayaran sebanyak RM1000 sebulan untuk tempoh sehingga 5 bulan tertakluk kepada baki simpanan atau minimum RM50 kini diperkenalkan oleh KWSP melalui inisiatif terbaharu, i-Citra KWSP di bawah Pakej PEMULIH yang diumumkan Perdana Menteri.

APAKAH i-CITRA KWSP  :

Pengeluaran i-Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.

SYARAT KELAYAKAN i-CITRA KWSP :

  1. Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan;
  2. Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan

Anggota perkhidmatan awam boleh memohon i-Citra. Walau bagaimanapun, mereka berkemungkinan akan berdepan dengan risiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kepada kerajaan kelak.

AMAUN PENGELUARAN i-CITRA KWSP :

  1. Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000.
  2. Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan.
  3. Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan.
  4. Bayaran minimum adalah RM50
  5. Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1
  6. Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada)

CARA MEMBUAT PERMOHONAN i-CITRA KWSP :

Permohonan hanya secara dalam talian melalui portal icitra.kwsp.gov.my

Sila ikuti langkaj berikut u tuk membuat permohonan secara online:

  1. Layari icitra.kwsp.gov.my dan pilih PERMOHONAN.
  2. ISIKAN nombor Mykad / MyPR dan Nombor Telefon Bimbit
  3. Tekan TERUSKAN dan sahkan identiti anda melalui pengesahan Nombor OTP atau Soalan keselamatan.
  4. Tentukan Amaun Pilihan pengeluaran. Rujuk pada A atau B dalam infografik di bawah.
  5. Tekan TERUSKAN.
  6. Lengkapkan Maklumat Pemohon, Maklumat Pembayaran dan kaji selidik.
  7. Tekan TERUSKAN.
  8. Semak semua maklumat dan tandakan TICK pada ruangan yang tersedia. Tekan HANTAR.
  9. Selesai.

Akses permohonan di portal ini akan dibuka bermula 12 Julai 2021.

TARIKH BAYARAN i-CITRA KWSP :

Bayaran bagi permohonan yang dibuat pada bulan Julai dijangka dibayar bermula bulan Ogos 2021.

MAKLUMAT LANJUT :

  1. Laman web rasmi KWSP di pautan https://www.kwsp.gov.my/ms/i-citra
  2. Ask ELYA di laman web rasmi KWSP
  3. Media sosial rasmi KWSP
  4. Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848

Sumber : kerjakini.com

124 Shares