Jawatan Kosong

Soalan Temuduga Yang Lebih Kerap Ditanya Kepada Calon Wanita Berbanding Lelaki Soalan Temuduga Yang Lebih Kerap Ditanya Kepada Calon Wanita Berbanding Lelaki
Pasti anda tidak sangka kan sebenarnya ada soalan yang ditanya semasa temuduga adalah berbeza bagi calon lelaki dan perempuan. Ada beberapa soalan yang ditanya... Soalan Temuduga Yang Lebih Kerap Ditanya Kepada Calon Wanita Berbanding Lelaki

Pasti anda tidak sangka kan sebenarnya ada soalan yang ditanya semasa temuduga adalah berbeza bagi calon lelaki dan perempuan. Ada beberapa soalan yang ditanya kepada calon wanita tetapi tidak ditanya kepada calon lelaki, begitu juga sebaliknya.

Apa yang calon fikirkan adalah penemuduga sudah siap sedia soalan yang sama akan ditanya kepada semua calon.

Namun menurut satu kajian yang dilakukan terhadap 2,000 individu, terdapat 12 soalan yang lebih kerap ditanya kepada calon wanita berbanding lelaki dan ada beberapa soalan yang lebih kerap ditanya kepada calon lelaki berbanding wanita.

Apakah soalan-soalan tersebut? Jika nak tahu, ikuti perkongsian di bawah :

Berikut adalah 12 soalan yang sering ditanya kepada calon wanita berbanding calon lelaki beserta peratus kekerapan tersebut:

  • Kenapa syarikat perlu ambil anda bekerja? (45% ditanya kepada calon wanita berbanding 27% ditanya kepada calon lelaki)
  • Di mana anda lihat diri anda dalam masa 5 tahun? (43% ditanya kepada calon wanita berbanding 34% ditanya kepada calon lelaki)
  • Apakah kelemahan anda? (37% ditanya kepada calon wanita berbanding 37% ditanya kepada calon lelaki). Untuk jawapan terbaik,
  • Ceritakan sedikit saat kegagalan yang anda alami dan cara anda mengatasinya. (26% ditanya kepada calon wanita berbanding 20% ditanya kepada calon lelaki)
  • Apakah kelebihan anda? *greastest strengths (44% ditanya kepada calon wanita berbanding 34% ditanya kepada calon lelaki)
  • Kenapa anda mahukan pekerjaan ini? (37% ditanya kepada calon wanita berbanding 31% ditanya kepada calon lelaki)
  • Kenapa anda rasa anda layak bekerja di syarikat ini? (40% ditanya kepada calon wanita berbanding 34% ditanya kepada calon lelaki) – Untuk jawapan terbaik.
  • Kenapa anda memohon pekerjaan ini? (40% ditanya kepada calon wanita berbanding 35% ditanya kepada calon lelaki)
  • Boleh anda jelaskan sedikit mengenai jurang pada resume anda? (19% ditanya kepada calon wanita berbanding 18% ditanya kepada calon lelaki)
  • Kenapa anda tidak suka pekerjaan lama anda? (22% ditanya kepada calon wanita berbanding 21% ditanya kepada calon lelaki)
  • Bagaimana pendidikan anda memberi persiapan untuk kerjaya anda? (19% ditanya kepada calon wanita berbanding 18% ditanya kepada calon lelaki)

Calon wanita lebih tercenderung untuk diminta untuk dedahkan ‘nilai’ diri mereka ketika temuduga. Mereka akan lebih kerap ditanya soalan berbentuk pendedahan kekuatan dan kelemahan diri mereka serta sebab mereka rasa mereka perlu mendapat jawatan tersebut [ Sumber ]

99 Shares