Jawatan Kosong

Contoh Soalan Exam Online SPA9 Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam WK29 Contoh Soalan Exam Online SPA9 Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam WK29
Jwatankosong.com Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam WK29 merupakan tapisan pertama yang harus anda tempuhi sebaik sahaja permohonan anda berjaya. Peperiksaan ini akan dijalankan secara online.... Contoh Soalan Exam Online SPA9 Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam WK29

Jwatankosong.com Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam WK29 merupakan tapisan pertama yang harus anda tempuhi sebaik sahaja permohonan anda berjaya. Peperiksaan ini akan dijalankan secara online.

Dalam peperiksaan lepas, terdapat tiga seksyen yang harus anda jawab. Anda juga perlu lulus dengan baik ketiga-tiga seksyen ini untuk memastikan anda lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan ini.

Huraian bagi ketiga-tiga seksyen adalah seperti berikut:

  • Seksyen A: Pengetahuan Am Penolong Penguasa Kastam
  • Seksyen B: Daya Penyelesaian Masalah Matematik Penolong Penguasa Kastam
  • Seksyen C: Ujian Psikometrik Penolong Penguasa Kastam

Contoh Soalan Seksyen A

Seksyen A merangkumi soalan yang menguji tentang pengetahuan am calon. Pengetahuan am yang disoal dalam soalan-soalan di Seksyen A ini tidak tertumpu kepada pengetahuan am mengenai kerjaya sebagai kastam sahaja.

Soalan-soalan dalam Seksyen A merangkumi pengetahuan am dalam pelbagai aspek dan juga isu-isu semasa yang berlaku tidak kira sama ada di dalam mahupun di luar negara. Anda haruslah peka dengan semua isu semasa yang berlaku setiap hari bagi membantu memudahkan anda menjawab soalan seksyen ini.

Tujuan utama seksyen ini adalah untuk menguji sejauh mana kesedaran dan kepekaan anda terhadap isu-isu terkini yang berlaku di dalam dan juga di luar negara. Pastikan anda banyak membaca untuk mengetahui isu-isu terkini sebanyak yang boleh dalam pelbagai bidang.

Anda diberi masa selama 40 minit untuk menjawab soalan-soalan dalam Seksyen A ini. Jumlah soalan yang terdapat dalam seksyen ini adalah sebanyak 50 soalan. Anda wajib menjawab kesemua soalan. Kesemua soalan juga adalah dalam bentuk objektif. Pilihan jawapan disediakan untuk anda.

Berikut merupakan contoh-contoh soalan daripada Seksyen A:

1.) Siapakah nama Ketua Pengarah Kastam Malaysia?

A. Datuk Patinggi Rahman Awang
B. Datuk Seri Ideris Jala
C. Datuk Seri Khazali Hj Ahmad
D. Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim

Jawapan: C

2.) Berapakah kadar cukai yang dikenakan dalam GST?

A. 3%
B. 5%
C. 4%
D. 6%

Jawapan: D

3.) Dasar Sosial Negara mempunyai objektif berikut kecuali

A. Menjana sinergi multisektor
B. Berdaya tahan dan mengekalkan sistem demokratik
C. Membangun dan memperkasa insan sepanjang hayat
D. Memperkukuh dan membangun sistem sokongan dan perkhidmatan sosial.

Jawapan: B

4.) Klinik Nur Sejahtera LPPKN adalah sebuah klinik berkonsepkan kesejahteraan yang merupakan satu inisiatif pihak LPPKN

Perkhidmatan yang disediakan oleh Klinik Nur Sejahtera LPPKN ialah

i. pengurusan menopaus
ii. saringan kanser reproduktif
iii. ujian makmal yang komprehensif
iv. perkhidmatan perancang keluarga.

A. i,ii dan iii
B i,ii dan iv
C. i,iii dan iv
D. i,ii,iii dan iv

Jawapan: D

5.) Apakah yang dimaksudkan dengan rekod?

i. Bahan dalam bentuk bertulis atau bentuk lain yang menyatakan fakta atas peristiwa atau selainnya merakamkan maklumat.

ii. Termasuklah kertas, dokumen, daftar, bahan bercetak, buku dan peta.

iii. Pelan, lukisan, gambar, mikro filem, filem sinematograf dan rakaman bunyi.

iv. Rekod yang dihasilkan secara elektronik tanpa mengira bentuk atau ciri-ciri fizikal atau apa-apa salinannya.

A. i dan ii

B. i, ii dan iii

C. ii, iii dan iv

D. i,ii,iii dan iv

Jawapan: D

6.) Antara berikut, manakah pernyataan yang berkaitan dengan Kabinet?

i. Diberi kuasa menjalankan tugas eksekutif negara

ii. Menggubal dasar-dasar negara

iii. Setiap menteri dan timbalan menteri perlu hadir mesyuarat Kabinet seminggu sekali

iv. Setiausaha Tetap Kabinet juga memegang jawatan Ketua Setiausaha Negara

A. i dan ii

B. iii dan iv

C. i, ii dan iv

D. i,ii,iii dan iv

Jawapan: C

7.) Apakah nama akademi yang melatih  kastam mengenai ilmu dan tugas perkastaman?

A. ForceMY

B. Jabatan Akauntan Negara

C. Unit Latihan Kastam Diraja Malaysia

D. Akmal

Jawapan: D

8.) Badan perundangan di Malaysia mempunyai beberapa komponen utama kecuali

A. Yang Dipertuan Agong

B. Perlimen

C. Dewan Negara

D. Dewan Rakyat

9.) Pernyataan di bawah berkaitan dengan Padi Beras Nasional Malaysia (BERNAS) kecuali

A. Mengawal harga beras di Malaysia

B. Meluluskan lesen penanaman padi

C. Menjual padi secara borong dan runcit

D. Mengusahakan tanaman padi berskala besar

Jawapan: D

9.) Berapakah jumlah berat beras pulut yang dibenarkan dibawa masuk ke negara bagi setiap individu?

A. 3 kg

B. 5kg

C. 4kg

D. 6kg

Jawapan: B

10.) Malaysia telah menjadi tuan rumah untuk kali kedua bagi ASEAN SUMMIT yang kesebelas pada tahun 2005. Bilakah kali pertama Malaysia menjadi tuan rumah?

A. 1978

B. 1977

C. 1987

D. 1992

Jawapan: B

Nantikan update baru untuk Seksyen B dan Seksyen B 

0 Shares