Jawatan Kosong

Cara Elakkan Kaki Sakit Ketika Hadir Temuduga. Ini Tips Berguna Untuk Anda Cara Elakkan Kaki Sakit Ketika Hadir Temuduga. Ini Tips Berguna Untuk Anda
Nak pergi interview, tetapi kaki sakit jika memakai kasut terutamanya kasut yang bertutup. Tidak sopan pula sekiranya memakai sandal.Sudah tentu markah untuk penampilan akan... Cara Elakkan Kaki Sakit Ketika Hadir Temuduga. Ini Tips Berguna Untuk Anda

Nak pergi interview, tetapi kaki sakit jika memakai kasut terutamanya kasut yang bertutup. Tidak sopan pula sekiranya memakai sandal.Sudah tentu markah untuk penampilan akan dipotong.

Jadi, apa yang berlaku anda perlu memakai kasut bertutup kerana perkara ini tidak dapat dielakkan terutamanya ketika hadir temuduga. Bagaimanakah untuk mengelakkan kaki daripada sakit atau melecet ketika memakai kasut?

Tips Elakkan Kaki Sakit Atau Melecet Ketika Berkasut :

Untuk mengelakkan kaki anda berterusan sakit atau melecet ketika memakai kasut, ini tips yang boleh anda ikuti :

Memakai Stokin Yang Tebal

Cuba pakai stokin yang agak tebal supaya kaki anda tidak rasa sakit atau melecet. Sekurangnya ada sedikit ruangan pada kasut. Manakala kasut anda juga mempunyai ruangan yang sedikit terbuka dan kaki anda dapat bernafas seperti biasa.

Gunakan Spray Lembutkan Kasut

Dapatkan spray khas yang boleh disembur ke kasut anda dan boleh melembutkan bahagian kasut. Kasut yang baru memang agak keras dan spray yang digunakan dapat melembutkan kasut anda sebelum dipakai.

Masukkan Ke Dalam Beg Air

Ini adalah cara yang paling mudah. Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan isikan kasut anda dengan beg air yang tertutup rapat. Masukkan ke dalam peti sejuk sehingga beg air beku sepenuhnya. Biarkan seketika dan keluarkan beg tersebut.

Pakai Kasut Sekerap Mungkin

Untuk melembutkan kasut anda, pakai kasut anda sekerap mungkin di dalam rumah. Apabila anda memakai kasut dengan kerap, kasut anda akan menjadi lebih lembut berbanding semasa awal anda membelinya. Jadi, semasa awal pembelian, cuba pakai kasut anda sekerap mungkin di rumah sebelum hadir temuduga. – Kerjaya.co

0 Shares