Cara-Cara Untuk Buat Permohonan Pengeluaran Wang KWSP RM10,000 Secara One-Off

Hari yang di nantikan oleh ramai rakyat malaysia telah tiba di mana Kerajaan telah membenarkan Pengeluaran Khas KWSP RM10000 Secara One-Off untuk ahli.

Menyambut baik pengumuman Perdana Menteri itu, Orang ramai berterima kasih dan berpendapat pengeluaran khas berkenaan tepat dengan hasrat serta keperluan rakyat ketika ini.

Cara-Cara Permohonan :

Permohonan Pengeluaran Khas KWSP RM1000 kini boleh dibuat menerusi portal http://pengeluarankhas.kwsp.gov.my atau menerusi aplikasi mudah alih i-Akaun bermula 1 April hingga 30 April 2022.

Rujuk Langkah Permohonan Berikut:

  1. Layari http://pengeluarankhas.kwsp.gov.my dan pilih Mohon Sekarang.
  2. Isikan Nombor MyKad / MyPR dan Nombor Telefon Bimbit.
  3. Tekan Teruskan dan sahkan identiti anda melalui pengesahan Nombor OTP atau Soalan Keselamatan.
  4. Tentukan Amaun Pilihan Pengeluaran. Rujuk pada A atau B di sebelah kanan Tekan Teruskan.
  5. Skrin akan memaparkan jumlah maksimum Amaun Pilihan Pengeluaran.
  6. Tetapkan Amaun Pilihan Pengeluaran anda dengan menaip amaun pilihan.
  7. Tekan Teruskan.
  8. Lengkapkan Maklumat Pemohon, Maklumat Pembayaran dan Kaji Selidik Tekan Teruskan.
  9. Semak semua maklumat. Klik pautan Terma dan Perakuan. Tandakan (/) sebelum Tekan Hantar
  10. Selesai

Pembayaran akan dibuat bermula 20 April 2022 dan pembayaran akan dibuat secara satu kali bayaran sahaja (single payment).

  • Pengeluaran minimum : RM50
  • Pengeluaran maksimum : RM10,000
  • Amaun pengeluaran minimum RM50, amaun maksimum RM10,000 tertakluk kepada baki
  • simpanan Akaun 2. Jika tidak mencukupi, Akaun 1 akan digunakan.
  • Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.
0 Shares