Jawatan Kosong

Apa Yang Tidak Diperlukan Dalam Cover Letter Anda, No 5 Jangan Sesekali Masukkan Apa Yang Tidak Diperlukan Dalam Cover Letter Anda, No 5 Jangan Sesekali Masukkan
Cover letter merupakan satu dokumen yang sangat penting ketika membuat permohonan kerja. Sesetengah permohonan kerja, bakal majikan meminta pemohon kerja menghantar resume beserta cover... Apa Yang Tidak Diperlukan Dalam Cover Letter Anda, No 5 Jangan Sesekali Masukkan

Cover letter merupakan satu dokumen yang sangat penting ketika membuat permohonan kerja. Sesetengah permohonan kerja, bakal majikan meminta pemohon kerja menghantar resume beserta cover letter dan sesetengahnya tidak kisah anda hantar atau tidak  ketika membuat permohonan kerja.

Dengan adanya cover letter, ia melengkapkan permohonan kerja anda dan memudahkan permohonan kerja anda. Namun diingatkan untuk tidak membuat kesilapan seperti tidak memasukkan maklumat dengan betul atau beberapa kesilapan ya tidak disengajakan.

Cover letter ini merupakan satu peluang untuk anda menjual diri anda kepada bakal majikan dan tunjukkan bahawa anda adalah calon terbaik untuk menjawat jawatan tersebut.

Perkara yang tidak diperlukan ialah :

1. Kesalahan Ejaan Dan Tatabahasa

Cover letter adalah satu bukti yang nyata untuk menujukkan kelebihan diri anda terutamanya dari segi kemahiran menulis dan kelemahiran untuk membuat sesuatu tugasan dengan terperinci.

Untuk mengelakkan daripada berlakunya kesalahan yang sekecil ini, baca berkali-kali cover letter anda atau minta rakan anda untuk membaca cover letter anda.

2. Kesalahan Nama Syarikat, Kesalahan Nama Mereka Yang Dihubungi

Pastikan anda double check untuk memastikan alamat atau nama syarikat atau nama orang yang perlu dihubungi adalah betul. Jika anda lakukan kesalahan ini, bagaimana pula untuk siapkan tugasan anda nanti?

3. Masukkan Maklumat Yang Tidak Betul

Ada calon yang memasukkan maklumat tidak betul apabila bakal majikan mendapati ianya tidak sama dengan resume yang dilampirkan, bakal majikan merasakan calon telah menipu mereka dan tidak mungkin mengambil calon tersebut sebagai pekerja mereka.

4. Ayat Yang Terlalu Panjang

Bakal majikan tidak akan membaca cover letter sekiranya ayat cover letter anda terlalu panjang. Ini kerana ayat yang terlalu panjang sangat sukar untuk dibaca.

Pastikan setiap perenggan mempunyai 5 hingga 6 barisan dan tidak lebih 3 ayat sahaja serta pastikan bahagian atas dan bawah surat anda mempunyai perenggan.

5. Gaji Yang Dipohon

Jangan sesekali masukkan masukkan gaji yang dipohon kecuali diminta oleh bakal majikan. Perkara ini tidak begitu penting untuk dimasukkan ke dalam cover letter anda dan tunjukkan kesungguhan serta minat anda pada pekerjaan tersebut. Jadi, jangan sesekali masukkan perkara ini ke dalam cover letter anda.

6. Komen Negatif Tentang Majikan Anda

Hindarkan diri daripada memasukkan komen yang negatif tentang majikan anda yang sekarang atau yang sebelumnya. Ini menunjukkan bahawa anda yang bermasalah dan bukan majikan anda.

7. Maklumat Tidak Berkaitan Dengan Pekerjaan

Jangan masukkan maklumat yang tidak berkaitan dengan pekerjaan tersebut dalam cover letter anda. Fokuskan dengan kelebihan anda untuk menjawat jawatan tersebut dan apakah yang anda tawarkan kepada bakal majikan.

8. Maklumat Peribadi

Bakal majikan tidak ingin tahu anda inginkan pekerjaan tersebut atas sebab peribadi. Masukkan alasan yang lebih profesional yang menarik perhatian majikan untuk menawarkan pekerjaan tersebut kepada anda. Ingat, matlamat anda adalah untuk menawarkan yang terbaik kepada bakal majikan dan menjadikan anda adalah calon yang sesuai untuk menjawat jawatan tersebut.

9. Jangan Jadikan Sebagai Batu Loncatan

Kebanyakan majikan inginkan pekerja yang mempunyai motivasi yang tinggi untuk melakukan sesuatu tugasan. Jangan jadikan pekerjaan baru sebagai satu latihan dan mengambil masa yang lama untuk mahir dalam pekerjaan anda.

10. Apa Yang Anda Mahukan

Cover letter bukanlah satu perkara yang bertujuan untuk menyatakan kehendak anda, tetapi menawarkan sesuatu kepada bakal majikan anda.

11. Apa Yang Anda Tidak Inginkan

Jangan ceritakan tentang apa yang anda tidak suka dengan pekerjaaan anda yang lalu dan sebagainya. Simpan semua rasa ini sehinggalah anda ditawarkan dengan pekerjaan yang baru dan pastikan anda ceritakan perkara yang positif sahaja.

12. Kelayakan Yang Anda Tidak Miliki

Diingatkan juga supaya anda tidak memasukkan kelayakan yang anda tidak miliki ke dalam cover letter anda. Ini adalah idea yang tidak baik dan fokuskan dengan kemahiran serta kelebihan anda yang sedia ada.

13. Penjelasan Meninggalkan Pekerjaan Yang Lalu

Anda tidak perlu menjelaskan mengapa anda meninggalkan pekerjaan anda yang lalu sebaliknya fokus pada pekerjaan yang akan datang dan masa hadapan.

14. Banyak Memuji & Ayat Yang Berbunga

Gunakan ayat yang lebih mudah dan senang untuk difahami. Tidak perlu banyak memuji dan ayat yang berbunga-bunga sehingga tidak difahami oleh bakal majikan.

15. Minat Yang Keterlaluan

Jangan terlalu menunjukkan yanga nda sangat berminat dengan pekerjaan tersebut seolah-olah anda sangat terdesak untuk mendapatkan pekerjaan tersebut. Jangan merayu untuk dipanggil temuduga dan sebagainya. Tonjolkan sahaja kelebihan anda pada bakal majikan anda. [ Sumber]

45 Shares