Cara-Cara Untuk Buat Permohonan Pengeluaran Wang KWSP RM10,000 Secara One-Off
Bantuan Kerajaan April 1, 2022 admin
Hari yang di nantikan oleh ramai rakyat malaysia telah tiba di mana Kerajaan telah membenarkan Pengeluaran Khas KWSP RM10000 Secara One-Off untuk ahli.
Menyambut baik pengumuman Perdana Menteri itu, Orang ramai berterima kasih dan berpendapat pengeluaran khas berkenaan tepat dengan hasrat serta keperluan rakyat ketika ini.
Cara-Cara Permohonan :
Permohonan Pengeluaran Khas KWSP RM1000 kini boleh dibuat menerusi portal http://pengeluarankhas.kwsp.gov.my atau menerusi aplikasi mudah alih i-Akaun bermula 1 April hingga 30 April 2022.
Rujuk Langkah Permohonan Berikut:
- Layari http://pengeluarankhas.kwsp.gov.my dan pilih Mohon Sekarang.
- Isikan Nombor MyKad / MyPR dan Nombor Telefon Bimbit.
- Tekan Teruskan dan sahkan identiti anda melalui pengesahan Nombor OTP atau Soalan Keselamatan.
- Tentukan Amaun Pilihan Pengeluaran. Rujuk pada A atau B di sebelah kanan Tekan Teruskan.
- Skrin akan memaparkan jumlah maksimum Amaun Pilihan Pengeluaran.
- Tetapkan Amaun Pilihan Pengeluaran anda dengan menaip amaun pilihan.
- Tekan Teruskan.
- Lengkapkan Maklumat Pemohon, Maklumat Pembayaran dan Kaji Selidik Tekan Teruskan.
- Semak semua maklumat. Klik pautan Terma dan Perakuan. Tandakan (/) sebelum Tekan Hantar
- Selesai
Pembayaran akan dibuat bermula 20 April 2022 dan pembayaran akan dibuat secara satu kali bayaran sahaja (single payment).
- Pengeluaran minimum : RM50
- Pengeluaran maksimum : RM10,000
- Amaun pengeluaran minimum RM50, amaun maksimum RM10,000 tertakluk kepada baki
- simpanan Akaun 2. Jika tidak mencukupi, Akaun 1 akan digunakan.
- Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.