Jawatan Kosong

Tiga Perkara Yang Tidak Diperlukan Dalam Resume Menurut Pakar Kerjaya Tiga Perkara Yang Tidak Diperlukan Dalam Resume Menurut Pakar Kerjaya
Menurut seorang pakar kerjaya, terdapat 3 perkara atau 3 bahagian yang telah oudated atau tidak relevan lagi untuk dimasukkan ke dalam resume anda. Namun... Tiga Perkara Yang Tidak Diperlukan Dalam Resume Menurut Pakar Kerjaya

Menurut seorang pakar kerjaya, terdapat 3 perkara atau 3 bahagian yang telah oudated atau tidak relevan lagi untuk dimasukkan ke dalam resume anda.

Namun ramai pencari kerja masih lagi tidak menyedari bahawa 3 bahagian ini tidak begitu penting dan terikut dengan cara penyediaan resume yang lama.

Kebanyakan resume yang diperolehi sangat membosankan dengan ayat yang terlalu panjang serta gambaran calon seolah-olah mereka terlalu hebat melebihi calon yang lain. Jadi, apa kata selepas ini anda boleh update resume anda dengan beberapa penambahbakan seperti yang dikongsikan ini.

Antara 3 perkara yang tidak diperlukan dalam resume anda ialah :

  • Rumusan Resume (Summary Statements)
  • Objektif Resume (Objective Statements)
  • Apa Yang Anda Cari Dalam Pekerjaan (What You’re Looking For In A Job)

✅ Rumusan Resume (Summary Statements)

Rumusan ini ialah berkaitan dengan tanggungjawab dan pencapaian yang disenaraikan dalam resume anda. Tidak perlu dimasukkan lagi kerana sudah terdapat ada bahagian pengalaman kerjaya anda.

✅ Objektif Resume (Objective Statements)

Untuk pengetahuan anda, bahagian ini tidak menunjukkan sebarang maklumat baru atau berguna buat majikan kerana mereka sedia tahu bahawa anda sangat berminat dengan jawatan yang diiklankan. Jika tidak, mengapa anda hantar resume dan memohon jawatan tersebut?

✅ Apa Yang Anda Cari Dalam Pekerjaan (What You’re Looking For In A Job

Selepas ini anda tidak perlu jelaskan lagi mengapa anda sangat memerlukan pekerjaan tersebut dalam resume anda. Ini kerana ia akan menunjukkan bahawa anda adalah seorang yang tidak mempunyai pengalaman dalam bidang pekerjaan.

✅ Apakah Perkara Yang Menggantikan 3 Bahagian Tersebut?

Terdapat satu cara yang paling berkesan untuk menjadikan majikan teruja membaca resume anda adalah dengan menggantikan 3 perkara oudated tersebut dengan :

  • Rujuk latar belakang pekerjaan dengan padat dan ringkas
  • Masukkan 2 kemahiran paling utama

✅ Contoh : Ketua Ekskutif dengan 8 tahun pengalaman dalam Analisis Pasaran dan Pembinaan Jenama.

Selepas itu, pada bahagian pengalaman masukkan 6 atau 8 kemahiran yang memang ada pada anda untuk ditunjukkan pada bakal majikan anda. Secara tidak langsung bakal majikan dapat mencari kelebihan anda yang sepadan dengan kehendak mereka.

Sekiranya anda mempunyai terlalu banyak kemahiran yang anda rasakan sesuai dengan jawatan yang berkaitan, senaraikan kemahiran anda dan sesuaikan dengan jawatan yang anda pohon.

Jadi, selepas ini anda tidak mempunyai sebarang masalah untuk jadikan resume anda 1 muka surat sahaja dengan tidak meletakkan 3 bahagian yang tidak sesuai. – Kerjaya.co

575 Shares