Cara Hadapi Walk In Interview Kerja Kilang. Ini Tips Berguna Untuk Anda
Informasi Kerjaya February 27, 2021 admin
Ingin hadir walk in interview kerja kilang? Terdapat pelbagai kategori pencari kerja bermula daripada sijil SPM, Diploma dan juga yang memiliki Ijazah.
Namun anda harus ingat, terdapat pelbagai jenis pekerjaan di kilang ya. Tidak semestinya sebagai operator atau penjaga mesin sahaja. Malahan terdapat juga seperti supervisor, bahagian kualiti, pentadbiran dan pelbagai jawatan yang ditawarkan.
Kebiasaannya walk in interview akan dilakukan dengan cepat untuk menjimatkan masa sekiranya calon yang hadir terlalu ramai.
Tips Persediaan Agar Lulus Walk In Interview Kerja Kilang
Jika anda ingin lulus dan berjaya dalam walk in interview apa yang perlu anda lakukan ialah :
Resume
Sediakan resume dalam 2 salinan. Mengapa 2 salinan? 1 salinan untuk simpanan anda dan 1 lagi untuk diserahkan kepada panel penemuduga.
Gambar Ukuran Pasport
Bawa bersama 2 keping gambar berukuran pasport yang terkini milik anda. Apabila anda mengisi borang, lekatkan gambar anda agar bahagian HR lebih mengenali siapa anda dan dapat membantu mereka membuat keputusan dengan mudah.
Pakaian
Pakai pakaian dengan kemas dan tampil dengan personaliti yang menarik perhatian bakal majikan anda.
Latar Belakang Syarikat
Buat sedikit research tentang kilang yang bakal anda pergi temuduga. Ambil tahu latar belakang kilang dan ketahui industri pembuatan kilang tersebut.
Yakin
Ketika nama anda dipanggil untuk temuduga, masuk dengan yakin dan jaga emosi anda. Jangan gemuruh dan gugup. Jawab soalan dengan penuh keyakinan dan berikan jawapan yng boleh menarik perhatian penemuduga anda.
Jika anda berjaya ikut tips yang dikongsikan diatas, anda sangat berpeluang untuk mendapat pekerjaan yang ditawarkan. – Kerjaya.co