Amalkan Ketika Temuduga, Tips Berkesan Perkenalkan Diri Ketika Temuduga
Informasi Kerjaya February 27, 2021 admin
Terdapat pelbagai cara untuk memperkenalkan diri ketika sesi temuduga dijalankan. jadi, ketika sesi memeprkenalkan diri, Anda perlu menjadi calon yang unik dan berbeza dengan calon yang lain dan menarik perhatian bakal majikan anda.
Namun diingatkan disini supaya anda tidak lagi memperkenalkan diri dengan menggunakan teknik yang lama seperti berikut :
- Nama saya Laila. Saya berasal dari Perlis. Tarikh lahir saya adalah 1 Disember 1999 dan saya baru menamatkan pengajian dari universiti.
Pastikan anda mencipta kelainan ketika memperkenalkan diri untuk menarik perhatian bakal majikan anda. Cipta kelainan dan tunjukkan kesungguhan dan minat anda untuk mendapatkan pekerjaan tersebut.
Tips yang boleh anda amalkan ialah :
- Fokuskan Kelebihan Anda
Pada bahagian ini, lihat dahulu apakah jawatan yang anda mohon. Dapatkan kelebihan yang anda miliki berkaitan dengan jawatan tersebut dan nayatakan pada sesi awal perkenalan.
Contoh :
- Nama saya Laila. Saya mempunyai kesungguhan dan komitmen yang sangat tinggi dalam melakukan sesuatu tugasan. Saya percaya kemahiran ini akan membantu saya untuk meningkatkan prestasi syarikat dari semasa ke semasa.
- Elevator Pitch
Teknik ini adalah teknik yang paling banyak digunakan ketika sesi memperkenalkan diri. Ia diibaratkan anda sedang menaiki sebuah lif dari tingkat 1 ke tingkat 5 dan bertemu dengan bakal majikan di dalam lif. Apakah yang akan anda sebutkan dalam masa yang singkat itu supaya bakal majikan itu ingat akan anda.
Ada tiga komponen utama dalam elevator pitch iaitu
- Siapa anda?
- Apakah kepakaran anda?
- Kenapa anda berminat terhadap jawatan ini?
Contoh :
- Nama saya Laila binti Munir. Saya mempunyai pengalaman selama 5 tahun sebagai Pengurus HR di Syarikat ABC. Impian saya adalah untuk meningkatkan potensi diri. Saya juga percaya jawatan ini dapat membantu saya merealisasikan impian ini.
- PBN
Anda perlu fokus menjawab soalan cara memperkenalkan diri terbaik adalah dengan memasukkan 3 elemen ini iaitu :
- Pencapaian
- Bakat istimewa
- Nilai yang boleh diberikan
Contoh :
- Nama saya Ahmad bin Husin. Saya merupakan pelajar terbaik SPM di Sekolah Kebangsaan Tuanku Mahmud. kawan-kawan menggelarkan saya ‘The Precious Genius’.
Kemahiran saya adalah menyelesaikan sesuatu yang dimulakan dengan terbaik dan saya percaya kemahiran ini dapat menjadi satu aset bernilai yang boleh disumbangkan kepada syarikat.”
Jadi, ini adalah 3 cara memperkenalkan diri semasa temuduga dan anda boleh gunakan ketika sesi perkenalkan diri kepada penemuduga [ Sumber ]