Permohonan Bantuan iFitri – Bantuan Hari Raya B40 (RM400) Dan M40 (RM250)
Bantuan Kerajaan March 30, 2022 admin
Sempena Hari Raya Aildilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi, orang ramai terutama golongan B40 dan M40 boleh memohon Bantuan iFitri sebanyak RM250-RM400 untuk satu keluarga.
Bantuan iFitri ini dimumkan oleh kerajaan Terengganu melalui pembentangan Belanjawan Terengganu 2022 sebagai salah satu inisiatif daripada kerajaan Terengganu untuk membantu kewangan semua isi rumah B40 dan isi rumah M40, supaya dapat meraikan Aidilfitri dengan lebih meriah dan berkat, setelah dua tahun menyambutnya dengan penuh keterbatasan.
Kadar bantuan yang diumumkan adalah sebanyak RM400 untuk B40 yang layak dan RM250 untuk M40 yang layak.
Mereka yang layak boleh membuat permohonan bantuan ini secara online (rujuk dibawah).
Selain bantuan i-FItri, kerajaan Terengganu turut mengumumkan bantuan-bantuan:
- Bantuan secara ‘one-off’ RM150 untuk 6,000 isteri ketua isi rumah e-Kasih dan ibu tunggal yang berpendapatan di bawah RM2,500.
- Bantuan tunai ‘one-off’ RM150 seorang untuk 8,900 Orang Kelainan Upaya (OKU) yang isi rumah berpendapatan RM4,000 dan ke bawah.
- Bantuan Tunai Skim Mubaligh secara ‘one-off’ RM150 untuk semua imam dan bilal.
Antara syarat kelayakan yang ditetapkan adalah:
- Pemohon mestilah Ketua Isi Rumah (KIR) (boleh terdiri daripada ibu/bapa/datuk/nenek/adik-beradik dan lain-lain) dengan jumlah pendapatan bulanan isi rumah kurang daripada RM2500.00 sebulan untuk B40 (termasuk gaji dan semua elaun) dan RM2501.00-RM 5000.00 untuk M40 serta merupakan Rakyat Terengganu yang menetap di Negeri Terengganu sahaja semasa memohon.
- Mesti berdaftar dalam sistem Profil Rakyat Terengganu 2020 (PRT20).
- Pemohon mestilah pengundi berdaftar di Negeri Teréngganu.
- Semua Penjawat Awam atau lantikan kerajaan yang menerima elaun tetap bulanan adalah dan Kontraktor TIDAK LAYAK memohon
- Peniaga berlesen adalah tidak layak memohon KECUALI pendapatan isi rumah kurang daripada RM2500.00 sebulan dan di sahkan oleh JPKK.
- Pemohon yang tidak mempunyai slip gaji perlu mengemukakan Surat Perakuan Pendapatan yang disahkan oleh Pengerusi JPKK.
Borang permohonan hendaklah dicetak dan diserahkan kepada JPKK bersama-sama salinan dokumen berikut:
- Salinan Kad pengenalan /sijil kelahiran bagi pemohon dan tanggungan.
- Salinan Slip gaji atau slip pencen terkini atau Surat Akuan Pendapatan
- salinan sijil atau surat nikah atau pengesahan status perkahwinan oleh JPKK
- Salinan SSM (bagi peniaga berlesen yang layak)
Cara Memohon
Bagi anda yang memenuhi syarat kelayakan diatas, anda boleh membuat permohonan secara online sepereti dibawah:
- Pergi ke portal rasmi iBantuan Terengganu di ibantuan.terengganu.gov.my
- Klik pada butang ‘Daftar’ untuk mendaftar dan lengkapkan borang permohonan.
- Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Mac 2022.