Jawatan Kosong

Akhirnya, Kerajaan Benarkan Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 Akhirnya, Kerajaan Benarkan Pengeluaran Khas KWSP RM10,000
PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini bersetuju membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat pengeluaran khas sebanyak RM10,000. Dalam sidang media khasnya, Perdana Menteri, Datuk... Akhirnya, Kerajaan Benarkan Pengeluaran Khas KWSP RM10,000

PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini bersetuju membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat pengeluaran khas sebanyak RM10,000.

Dalam sidang media khasnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu dibuat berdasarkan hasil kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam kalangan rakyat yang masih terkesan dari segi ekonomi, kehilangan pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.

Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP.

Justeru, hari ini kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000, katanya menerusi pengumuman yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen, sebentar tadi.

Ismail Sabri berkata, penjelasan lanjut mengenai pengeluaran khas KWSP berkenaan akan dibuat oleh Kementerian Kewangan dan KWSP.

Beliau menegaskan bahawa keputusan memberi kebenaran pengeluaran caruman KWSP itu adalah keputusan yang sukar kerana ia membabitkan simpanan hari tua rakyat dan pengeluaran khas ini adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.

Kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion, melibatkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik COVID-19 melanda negara dua tahun lalu.

Katanya, walaupun kerajaan memberi kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP, namun beliau merayu kepada pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak.

Saya berharap pencarum membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran demi masa depan, katanya.

Sumber: BH

0 Shares